Filled Under:

VIDEO TERKINI: Wanita Mengandung DITEMBAK Kerana Gagal Memuaskan Tetamu depan Ibu Sendiri !.


MALANG menimpa seorang wanita yang sedang mengandung, apabila dia ditembak hanya kerana dia enggan menari dengan seorang tetamu yang mabuk, dalam satu majlis perkahwinan di India.
Kulvinder Kaur; 25, yang juga seorang penari dan choreographer, maut ditembak ketika sedang menari bersama dengan kumpulannya di atas pentas.
Dia yang mengandung dua bulan itu, ditembak di kepala dan meninggal dunia di hospital di bandar Bathinda.
Suaminya, Rajinder Singh berkata, pembunuh tersebut merupakan rakan kepada pengantin lelaki.

Ketika kejadian, dia sedang mabuk dan naik angin apabila dimaklumkan dia tidak boleh naik ke atas pentas serta menari dengan Kulvinder.
“Mereka telah meminta Kulvinder turun dari pentas dan menari dengan mereka… namun dia enggan… jadi dia ditembak,’’ katanya.
Dalam pada itu polis memaklumkan, senjata terbabit adalah kepunyaan Sanjay Goyal, iaitu anak kepada ahli politik tempatan, Vijay Goyal. Ketika kejadian, Sanjay turut berada di situ.
Sementara pengantin lelaki pula adalah anak kepada salah seorang ahli politik di situ dan keluarga Kulvinder mendakwa siasatan hanya dijalankan selepas mereka mengadakan protes di jalanan. – MYNEWSHUB.CC