SEORANG pengacara sebuah stesen televisyen di Turki tidak dapat menahan sebak apabila melihat video seorang kanak-kanak Syria dirawat tanpa diberi ubat bius tetapi dibiarkan membaca al-Quran semasa operasi itu dijalankan.
Menerusi video yang dikongsi oleh sebuah laman antarabangsa, Turgay Guler dilihat menitiskan air matanya sebaik sahaja menyaksikan video tersebut, begitu juga tetamu yang diundang ketika siaran langsung itu.
Menerusi video yang dikongsi itu, seorang kanak-kanak dipercayai berumur lima tahun dan antara mangsa keganasan serangan di Aleppo dibiarkan membaca surah al-Lahab ketika proses rawatan itu dijalankan.
Meskipun dalam kesakitan, jelas kedengaran suara kanak-kanak itu gigih membaca surah tersebut dengan fasih dan lancar sekali.
Video itu dipercayai dirakam oleh salah seorang pegawai perubatan yang bertugas di Aleppo. Bagaimanapun, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan kerana tidak dinyatakan di mana dan bila rakaman itu diambil.
Tambah laman itu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik pihak Rusia dan Syria yang didakwa menghalang kemasukan bekalan perubatan ke kawasan bergolak itu. –
KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK VIDEO:
http://video.metro.co.uk/video/met/2016/12/17/3189247412920038065/960x540_MP4_3189247412920038065.mp4