Filled Under:

PANAS: JAMAL KONFEM MENANGIS BILA DIPERLI SITI NURHALIZA. BERANI JUGAK SITI NI. TAK SANGKA DIA BERANI CAKAP MACAM NI KAT JAMAL. ANDA RASA PATUTKA SITI KATA MACAM INI?

TINDAKAN Datuk Seri Jamal Md Yunos pergi ke Pejabat Menteri Besar Selangor dengan hanya bertuala bukan sahaja menjadi perbualan rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Menerusi laman Instagramnya, Siti telah memuat naik gambar Jamal yang hanya bertuala sambil memegang gayung dengan kapsyen nasihat berbaur sarkastik.
“Jangan jadi macam jamal ye.. 👎👎👎 #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa,” tulisnya.
"Jangan Jadi Macam Jamal Ye," Nasihat Siti Nurhaliza
Berdasarkan hashtag yang digunakan di laman sosialnya itu, Siti memaklumkan kawasan perumahannya turut mengalami masalah ketiadaan air namun dia dimaklumkan mengenai krisis itu dan telah menyediakan air simpanan.

Rata-rata peminat dilihat turut menyokong pesanan Siti selain turut memerli tindakan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia itu di ruangan komen.
Semalam, Jamal dilaporkan memprotes di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dengan hanya bertuala serta membawa beberapa peralatan mandian.
Menurut Jamal, kedatangannya itu bertujuan mahu menumpang mandi di pejabat menteri besar.