Investor pon mengakui bahawa promosi yang dilakukan oleh 5 artis ini sangat memberi pulangan yang lumayan pada produk mereka dan menguntungkan. Nama besar yang dimaksudkan adalah Najwa Latif , Neelofa, Soo Wincci, Shila Amzah dan Yuna.
Rakaman “Shine Your Way” bersama Owl City. menjadi Duta pada syarikat kamera Canon, alat telekomunikasi Samsung Galaxy Note, Maybank, Astro, KakaoTalk, Malaysia Airlines dan kecantikan Olay. Kekayaan beliau juga ditambah lagi dengan konsert Yuna di Istana Budaya yang mendapat sambutan hangat penggemar seni muzik.
Dianggarkan berpendapatan RM1.5 juta setahun. Dilantik sebagai duta Samsung LED, dan juga duta produk Avon dan kasut XES. Negara taiwan juga turun mengundang beliau untuk melakukan persembahan pentas di sana.
Anak kepada ND Lala ini menempah nama sebagai yang terkaya apabila mengikat kontrak selama 6 tahun bersama Shanghai Media Group bernilai RM5 juta dan berpendapatan RM2.5 juta setahun. Shila juga mengikat kontrak sebagai duta produk Safi Balqis dan duta Persahabatan Malaysia China dan duta 1Malaysia..
Walaupun sudah berhijab, beliau masih dilabel sebagai artis yang kaya di Malaysia dan dijangka berpendapatan RM1 juta setahun. Neelofa adalah duta bagi produk LINE, Avon, Petronas, Fashion Valet, tilam King Koil dan lain-lain. Selain itu Neelofa turut mengeluarkan produk kecantikannya sendiri dan mempunyai keuntungan yang tinggi..
Walaupun lagunya ‘kosong-kosongggg’ , tapi duitnya tak kosong. Artist muda Muka Buku ini juga tak kurang kayanya apabila dianggarkan mencapai pendapatan RM1 juta setahun. Najwa adalah duta UNITAR dan memenangi pelbagai anugerah di Malaysia selain membuat persembahan pentas yang besar yang menjadikan beliau ternama dan kaya.