VIDEO : "BANTULAH KAMI, SAYA TAK MAMPU TUTUP LAGI KE****** SAYA, ANAK-ANAK HABIS DI*****L"

SEOUL, KOREA SELATAN – Anda masih ingat lagi dengan kes seorang jutawan jamu yang pernah viral di media sosial bernama Hanni Borhan? 

Pada Ogos 2015, Hanni Borhan dilaporkan telah meninggalkan suaminya yang merupakan seorang penagih dadah, gila seks dan kaki pukul sehingga dia dan anak-anak menjadi mangsa dera. 

Hanni dan anak-anaknya telah lari pada jam 12 malam, 7 Ogos 2015 dan nekad memulakan hidup baru. 

Namun baru sejam tadi, Hanni memuat naik video anak bongsunya menangis dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai suaminya. 

Berdasarkan video singkat itu, Hanni bersama dua anak sulungnya hanya mampu melihat si kecil itu disepak oleh lelaki terbabit. 

“Tak dapat saya, baby pun boleh jadi hal. Tak boleh nak video, takut dia nampak. Handphone selalu kena hempas. 

“Bila di luar kawasan CCTV, memang kami akan kena. Mula-mula maki hamun, lama-lama sepak terajang. 

“‘Bateri’ boleh tahan 3 ke 4 hari. Nanti dia okay, boleh gurau-gurau. Bila ‘bateri’ weak, siaplah. Bergurau pun tak boleh. Budak bising-bising pun tak boleh,” katanya. 

Ekoran kejadian itu, anak bongsu Hanni cedera di bahagian hidung dan mulut. 

Video yang dimuat naik oleh Hanni itu kini viral di media sosial. Ramai netizen yang mengenalinya meminta Hanni membuat laporan polis segera kerana bimbang dengan keselamatan mereka anak beranak. 

Hanni berkahwin dengan suaminya itu pada 23 November 2012 di luar negara namun tidak didaftarkan di Malaysia
Difahamkan Hanni dan keluarganya kini berada di Seoul, Korea Selatan. – The Reporter
Kes terdahulu: 






Habislah ! TERBONGKAR Akhirnya 2017, Kereta Luar Negara yang JIMAT MINYAK Mengalahkan Perodua Axia ! Selama ini ia Dirahsiakan Tapi Anda LIHAT Sendiri. TOlong SHARE kepada Semua Rakyat Malaysia.

Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna, syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.
Disini, kami kompilkan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100,000…

1. Perodua Axia
21.6 Km/L
100KM = RM 8.80
Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.

2. Mitsubishi Mirage
21 Km/L
100KM = RM 9.10
Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.

3. Mitsubishi Attrage
21 Km/L
100KM = RM 9.10
Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc, menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless operation system.

4. Hyundai i10
18.9 Km/L
100KM = RM 10.10
Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.

5. Honda City 2014
17 Km/L
100KM = RM 11.20
Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.

6. Myvi 1.3
17 Km/L
100KM = RM 11.20
Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.

7. Peugeot 208
16 Km/L
100KM = RM 11.90
Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.

8. Volkswagen Polo Sedan
15.4 Km/L
100KM = RM 12.30
Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.

9. Proton Iriz
14.5 Km/L
100KM = RM 13.20
Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km. – Sehinggit Media


MENGGELIKAN: ANAK DARA HAMIL LEPAS SIMPAN ANAK PATUNG DALAM BILIK .

Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah | Patung merupakan salah satu karya seni dan juga barang yang diperjual belikan untuk mainan kanak kanak wanita pada umumnya.
Ramai masyarakat kita kini mengetepikan tentang larangan meletakkan anak patung di dalam rumah, tentu nabi melarang tabiat ini atas sebab-sebab yang kuat.
Beberapa patung mempunyai bentuk yang menyeramkan, bahkan ada di antaranya yang bergerak sendiri secara misteri, mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa nabi melarang kita menyimpan patung di dalam rumah.
Dalam sebuah hadis sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa beliau berkata kepad Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu’ anhu.
لا تدع تمثالا إلا طمسته ولا قبرا مشر فا إلا سويته
“Artinya: Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk, dan jangan pula meninggalkan kuburan yang menjulang tinggi kecuali engkau meratakannya”. [Hadits Riwayat Muslim dalam Al-Jana’iz, 969]
Berikut adalah koleksi video seram anak patung yang bergerak sendiri secara misteri.


TERKINI : JAMAL MAKIN PANAS DAN .... LEPAS DENGAR KATA-KATA PANAS ABBY ABADI DAN FAIZAL TAHIR.









Sebelum ini penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza telah melahirkan kritikan kepada Dato Seri Jamal Yunos kerana hanya berpakaian tuala ketika menghadiri satu protes di bangunan MB Selangor.

Selepas Siti, kini dua lagi artis popular menyuarakan pendapat mereka.
Jom baca:
ABBY ABADI
Baru je kelmarin takde air di kawasan2 tertentu sekitar Selangor kerana kerja2 penambahbaikan dari pihak TNB. Itupun berjadual. Cukup je utk mandi, solat.. siap masak lagi… Bukannya sampai takde terus.
Dah bgtahu awalpun kan?… buleh je tadah… yg si Jamal ni tersampuk apa pulak ni sampai berdemo pakai towel je depan Bangunan Kerajaan Negeri Selangor? Tak malu ke? Nak burukkan Kerajaan Selangor la tu.. Terburukkan diri sendiri… Kesian Jamal
PS: Kalau dia sendiri yg aibkan diri buat kerja mcm ni kan? Salah org ke, salah dia kalau jadi bahan? Sedihlah org Melayu yg mengaku beragama ISLAM rajin nau tunjuk perangai mcm ni… akhlak mana akhlak? malulah pada yg bukan ISLAM
avvvy
FAIZAL TAHIR
Dengar orang kata buku ni bagus. Abang Jamallullair Tadaq kita penulisnya.
Sapa da baca bg la review sikit.
ft


"Cikgu Suraya, Saya ni ANAK HARAM ke?" Tanpa berlengah masa, Akhirnya Cikgu Suraya TUNJUK SESUATU yang sangat MENGEJUTKAN !

Hari ini, jatuh air mata aku. Sebelum itu, aku perkenalkan diri, aku seorang cikgu muda di sebuah sekolah di negeri Melaka.
Baru saja dipostingkan dan tahun ini juga adalah tahun yang bermakna dan sedih bagi aku.
Kenapa? Kerana dalam kelas aku ada seorang murid lelaki yang istimewa. Seorang anak syurga yang dijaga dan ditatang penuh kasih sayang oleh seorang nenek yang agak berusia dan uzur.

Biarlah aku gelarkan murid ini sebagai Azam. Dia murid tahun 3 yang baik. Mendengar kata dan menjaga tingkah laku dalam kelas. Dia jugalah murid yang aku paling sayang sebab dia paling manja dengan aku. Sampaikan dia panggil aku ayah. Aku sendiri pun sudah menganggapnya seperti anak atau adik sendiri.

Dulu, sewaktu mula-mula bertugas di sekolah ini dan ditugaskan mengajar di kelas itu, aku sudah perasan yang Azam ini pada mulanya agak pendiam dan selalu tidak bergaul dengan budak-budak yang lain. Sebab apa pun, aku tidak begitu pasti.


Kalau di waktu rehat, dia tidak pergi rehat. Hanya makan nasi yang dibekalkan oleh neneknya. Bila waktu balik sekolah, aku selalu nampak dia jalan kaki dengan neneknya sebab rumah mereka tidak beberapa jauh dari sekolah. Terfikir juga aku, mana mak dan ayah dia? Kenapa nenek yang selalu menjemputnya balik?

Tetapi pada waktu itu aku tidak kisah sangat sehinggalah satu kejadian berlaku ketika aku nak masuk mengajar di kelasnya. Si Azam tunduk menangis dan buku berselerak di atas mejanya.

"Cikgu, saya anak haram ke?"

Tersentap gila aku!

"Kenapa Azam kata macam tu?"

"Kawan-kawan saya ejek saya. Mereka kata saya tak ada mak dan ayah. Mak dan ayah tak sayangkan saya. Saya anak pungut. Saya ini jahat ke? SAya anak haram ke cikgu?" soalnya.

Sumpah air mata aku jatuh. Aku peluk dia dan berkata,

"Tak, awak anak syurga Azam, Mak dan ayah awak ada, nanti mereka balik,"


Seharian itu aku tak mengajar kelas dia. Aku hanya membebel dan memberi nasihat serta denda murid-murid yang mengejek Azam. Sebelum keluar kelas, aku dah beri warning siap-siap. Siapa yang mengejek Azam lagi, saya akan laporkan kepada Guru Besar.

Rupanya kata guru kelas, Azam, anak luar nikah. Ibu dan ayahnya melarikan diri sebab malu dengan keluarga dan orang kampung. Lalu dia dibela oleh neneknya.

"Dulu Azam selalu diejek dan dihina orang. Bila ada majlis bersama ibu bapa, neneknya akan datang. Ibu bapa yang ada di situ memandang semacam saja padanya. Kasihan dia," kata guru kelas Azam.

Aku speechless, Allah begitu hebat dugaan untuk anak sekecil dia. Sejak dari itu, aku berazam untuk mendidik Azam dengan bersungguh-sungguh. Ada masa, aku belanja dia di waktu rehat. Ada masa aku bermain dengan dia. Alhamdulillah hari demi hari, akhirnya aku rapat dengan dia. Sampaikan ada masa dia terpanggil aku ayah. Aku gembira melihat dia senyum gembira.

Tetapi aku silap, aku pernah kata padanya, "Mak dan ayah awak ada. Nanti mereka balik."

Tahu tak hari ini Azam buat apa?

Hari ini last aku mengajar sebelum cuti raya. Tetapi aku tak ada semangat nak mengajar, semangat raya lebih berkobar dalam diri ini. Waktu dalam kelas, aku suruh budak-budak melukis suasana kampung waktu hari raya. Kemudian, aku suruh mereka submit lukisan itu nanti.

Selepas waktu rehat tadi, aku tengok balik lukisan-lukisan murid-murid aku. Semuanya kelakar. Helaian demi helaian aku belek. Sampailah mata aku tertarik dengan satu lukisan ini.

Gambar orang lidi, ada empat orang lidi. 3 dewasa dan 1 kecil. Di atas orang lidi itu tertulis 'mak', 'ayah' sambil memegang tangan si lidi kecil, 'Azam' dan yang terakhir itu aku.

Aku pandang lama-lama gambar itu. Air mata aku jatuh berderai. Hati kecil aku berdoa semoga 'Anak syurga ini bahagia suatu hari nanti'.

Sebelum balik itu, Azam datang ke bilik guru berjumpa dengan aku. Dia ajak aku beraya di rumahnya. Dan sebelum beredar, dia minta aku poskan lukisan dia tadi kepada mak dan ayahnya. Katanya tahun ini nak beraya dengan mak dan ayah. Wajahnya sangat innocent. Allahu.

"InshaAllah Azam," kataku memeluknya erat.

Aku rasa bersalah sangat sebab kata-kata aku dulu seolah-olah memberi harapan yang sangat besar pada dia. Aku tak nak dia kecewa kalau tahun ini dia masih beraya tanpa mak dan ayah. Aku buntu bagaimana nak beritahu hal yang sebenar pada Azam. - Diari Seorang Cikgu
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!