Filled Under:

TOLONGLAH, Lepas Tengok Gambar ni, Jangan Lagi HINA Buntat lagi. Cukuplah FOTO ini Menceritakan segala-galanya tentang Buntat.

SEJAK semalam, pelakon kanak-kanak lelaki yang membawakan watak Buntat menerusi drama 7 Hari Mecintaimu iaitu Muhammad Ariff Abdullah; 12, tiba-tiba hangat diperkatakan rakyat Malaysia di media sosial.

Fenonema populariti yang dikecapinya ini tercetus selepas ramai penonton mengakui terkesan dengan lakonannya yang cukup menyentuh hati semasa menjiwai babak kematian.
Dalam pada popularitinya itu, ibu ‘Buntat’ tampil membuat pendedahan yang anak sulungnya itu sebenarnya menghidap penyakit disleksia.
Menurut Rosdiana Mastura Abdullah; 29,  kerana penyakit itu, Muhammad Ariff menghadapi masalah untuk membaca dan menulis.  Walau bagaimanapun, anaknya mempunyai daya pemikiran yang normal.



Pada masa yang sama, Rosdiana memberitahu, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mengejek fizikal anaknya.
“Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja.
“Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.
“Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya
“Saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini.
“Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan,” katanya kepada Harian Metro.