Filled Under:

LUAHAN IBU YANG TERAKHIR BUAT ANAK MENANGIS. MENGALIR AIR MATA BILA TENGOK INI.


Seorang suami mengajak isterinya makan seperti biasa.

"Jom sayang, kita pergi makan di satu tempat ini. Sedap sangat, makanan dan tempatnya sangat istimewa," pelawa si suami. 

Isterinya terdiam seketika dan tiba-tiba berkata, "Saya sebenarnya lebih rela kalau abang ajak seorang wanita lain untuk makan berdua dengan abang," 

Terkejut suaminya mendengar kata-kata si isteri, lalu bertanya siapakah wanita yang dimaksudkannya itu. 

"Ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak luangkan masa berbual dan makan dengan mak abang. Saya pula sudah selalu dilayan abang setiap hari tanpa pernah terlupa. Abang pergilah layan mak abang pula," pujuk si isteri. 

Suaminya terkejut dan bercampur sedih serta terharu. Lalu dia menelefon ibunya dan mengajak ibunya pergi ke tempat makan yang dikatakan pada isterinya tadi. 

Ibunya terkejut menerima pelawaan dari si anak, tetapi dia gembira. Ibunya mahukan kepastian, apakah benar hanya mereka berdua sahaja? Si anak pun mengiakan. 

Dia pun membawa ibunya makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu. Mereka berbual panjang, ibunya tersenyum puas dan sangat gembira kerana dapat makan serta berbual panjang dengan anaknya. 

"Okey ke mak? Mak seronok ke?" soal si anak. 

"Ya nak, susah-susah saja bawa mak ke sini. Tetapi seronok dapat berbual dengan kamu. Nanti bawa ibu lagi ye? Nanti mak pula yang akan belanja," balas ibunya. 

Selesai makan, mereka pun pulang. 

Si anak terlalu sibuk dengan kerjayanya, sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari sehingga tidak sempat meluangkan masa untuk menelefon ibunya yang keseorangan. Nak berjumpa, amat jarang sekali.

Satu hari, dalam kesibukan bekerja, dia terkejut apabila mendapat tahu ibunya sakit tenat. Apa lagi, dia kelam kabut meninggalkan kerjanya kerana dia masih sayangkan ibunya. Namun, apabila tiba di hospital, ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal kerana telah mengabaikan ibunya selama ini. 

Tidak beberapa lama kemudian, dia mendapat kad jemputan dari restoran yang pernah dia membawa ibunya menjamu selera dulu. Tertera nama dia dan isterinya pada kad itu yang kosnya sudah dibayar. Tanpa mengesyaki apa-apa, mereka menerima dan makan seperti biasa.