Filled Under:

TAHNIAH : PENGAKUAN PALING JUJUR DARI FATTAH AMIN KEPADA NEELOFA MEMANG TIDAK DISANGKA-SANGKA ! SANGAT ROMANTIK

BERIKUTAN kenyataan Neelofa tempoh hari, pelakon Fattah Amin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai wujudnya orang ketiga dalam hubungan mereka.

Ini kerana, Fattah merasakan sekiranya dia membuat kenyataan isu ini akan berpanjangan.
“Berkenaan permintaan komen balas ke atas kenyataan Neelofa, saya tidak mahu membuat kenyataan untuk memanjangkan lagi isu ini,” katanya.
Pada masa yang sama, Fattah turut menganggap apa yang berlaku padanya kini adalah ujian buatnya.
“Pada pandangan saya, setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan sentiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji.
“Apa pun, saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya memohon semua peminat terus mendoakan saya terus kuat untuk melalui proses ini,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, heboh menyatakan pelakon Tania Hudson merupakan gadis yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan Fattah dan Neelofa. Bagaimanapun, Tania menafikan hal itu dan menyatakan Fattah hanya rakannya.