Filled Under:

PENGAKUAN BERANI MATI TANIA HUDSON MEMANG BUAT NEELOFA MENANGIS TAK BEKESUDAHAN


KISAH keretakan hubungan cinta Fattah Amin dan Neelofa (#lofattah) hangat diperkatakan laman-laman hiburan tempatan.
Nama pelakon berdarah kacukan Tania Hudson terpacul dikatakan menjadi orang ketiga kepada ‘kemusnahan’ hubungan cinta #lofattah.
Walau bagaimanapun, gadis berusia 31 tahun itu menerusi sebuah portal akhbar tempatan menafikan desas-desus yang tersebar itu dan menegaskan bahawa dia dan Fattah hanya rakan sekerja sahaja, tidak lebih dari itu.
“Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung apatah lagi berjumpa,” ujarnya mStar Online.
Tambah adik kepada Natasha Hudson itu lagi, dia dan Fattah hanya mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama bergandingan dalam filem KL Special Force terbitan Skop Production.
“Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika kami menjalani penggambaran filem itu sekalipun, saya tidak terlalu rapat dengannya.
“Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Lepas habis penggambaran kami buat hal masing-masing,” jelasnya.
Malah Tania turut menjeaskan bahawa dia tidak merasa bersalah terhadap keretakan hubungan #lofattah kerana tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap Fattah dan Neelofa. -