VIDEO: SAH !! ASTRO TERDUDUK DENGAN KEPUTUSAN TERAKHIR Elly Mazlien DALAM GEGAR VAGANZA !!
PETALING JAYA: PENYANYI Elly Mazlein tidak menafikan konflik rumah tangga yang dilaluinya membuatkan ramai pihak bersimpati sehingga dia berjaya meraih sokongan dalam Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, bagaimanapun berkata, dia tidak akan mengambil kesempatan terhadap sokongan diberikan sebaliknya dia sedar harapan peminat ingin melihatnya memberikan persembahan cemerlang pada pertandingan itu.
"Saya tidak nafikan ramai yang kasihankan saya tetapi saya lihat itu sebagai salah satu hikmah.
"Jika tidak kerana sokongan padu daripada mereka saya tidak mungkin dapat memberikan persembahan terbaik tetapi apabila melihat satu dewan bersorak saya jadi bersemangat.
"Sebab itu walaupun saya tidak sihat saya beritahu diri jangan jadikan ia sebagai alasan kerana tidak mahu mengambil kesempatan terhadap sokongan yang diraih," katanya kepada mStar Online.
Pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad lalu, Elly menyampaikan lagu nyanyian asal Ziana Zain berjudul Berpisah Jua.
Dalam pada itu, Elly tidak menafikan persembahan pada minggu kedua itu mencabar ekoran pelbagai tekanan menggangu termasuk melibatkan konflik rumah tangganya yang kecoh sepanjang minggu lalu.
Pun begitu kata Elly, dia berjaya mengawal situasi berkenaan kerana mengedari peluang bertanding dalam GV3 tidak harus disia-siakan hanya kerana masalah remeh temeh.
"Kalau saya tertekan untuk perkara yang remeh-temeh saya sebenarnya adalah seorang manusia yang rugi.
"Seperti saya katakan sebelum ini saya sudah 'move on' dan memaafkan pihak-pihak terlibat jadi tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi.
"Benar... saya sedikit terganggu tetapi memikirkan peluang dan kepercayaan diberikan pihak produksi dan sokongan peminat saya menjadi kuat," katanya.
Bercakap mengenai pemilihan lagu yang dilihat mempunyai kaitan rapat dengan kisah peribadinya, Elly berkata, dia tidak perlu berasa terlalu sensitif sebaliknya menganggap ia satu cabaran.
Bagaimanapun Elly tidak menafikan ketika menyanyikan lagu Berpisah Jua hatinya sedikit terusik kerana bait lirik lagu berkenaan mempunyai persamaan dengan kisah hidupnya.
"Ketika menyanyikan lagu itu saya rasa seperti ditumbuk dan menyanyi depan cermin kerana ia mempunyai persamaan dengan kisah hidup saya.
"Tetapi sebagai peserta saya tidak boleh berasa sensitif kerana ini adalah pertandingan dan perlu menyahut cabaran diberikan," katanya.
Pada konsert minggu ketiga, Elly bakal menyampaikan lagu dangdut iaitu Perawan atau Janda yang dipopularkan oleh Cita Citata.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad pula memberitahu pemilihan lagu Perawan atau Janda kerana Elly tidak pernah menyanyikan lagu genre dangdut.
"Lagu itu dipilih bukan kerana situasi yang sedang dihidapinya tetapi kita tengok pada kesesuaian tambahan pula lagu dangdut adalah cabaran untuknya.
"Cabaran minggu hadapan adalah 360 darjah yang bakal memperlihatkan semua peserta diberi lagu yang berbeza daripada apa yang pernah mereka sampaikan," ujarnya.
Tags / Kata Kunci:
Filled Under:
VIDEO: SAH !! ASTRO TERDUDUK DENGAN KEPUTUSAN TERAKHIR Elly Mazlien DALAM GEGAR VAGANZA !!
Posted By:
cikcomel
on 05:59