Ini Komen Ustaz Kazim Elias Selepas Empat Dai Popular Diburu Polis Bukit Aman Sebar Ideologi Songsang Buat Semua Terkejut Besar
Empat penceramah bebas yang punyai ramai pengikut termasuk di laman media sosial diburu pihak berkuasa polis Bukit Aman karena dipercayai sebar ideologi ekstrime atau militan yang berkaitan dengan Daish.
Mereka turut menggunakan kapasiti berkenan untuk menyebar ideologi radikal termasuk “simpati” termasuk gerakan perjuangan militan sekaligus mewujudkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.
Menurut surat kabar Harian Metro hari ini 10.28.2016 empat individu berkenan aktif memberi ceramah di masjid sebelum di kongsi dilaman youtube.
Empat individu berkenan kini berada dalam senarai terpanas bagian Counter terrorism Bukit Aman.
Perkara itu disahkan oleh ketua penolong pengarahnya Datok Ayub Khan Mydin Pitchay yang memaklumkan bahwa pihaknya memang memburu dan memantau mana mana individu yang menyebar anasir berkaitan Daish.
Menurut sumber empat dai penceramah bebas itu mempunyai pengikut tersendiri dan situasi serta kemudahan dalam media sosial memudahkan mereka mempengaruhi fahaman masyarakat umum untuk menyertai dan menyokong gerakan militan.
Sumber juga berkata,berdasarkan isi ceramah mereka di laman youtube,mereka secara langsung mempromosikan ideologi Daish dan memberikan gambaran gerakan itu selari dengan konsep jihad,selain itu isi ceramah mereka juga jelas menunjukkan bahwa wujud elemen bersimpati kepada gerakan radikal terbabit.
Berdasarkan pantauan ada di antara penceramah itu yang memuji Daish serta menggambarkan mereka adalah ketumbukan ketenteraan seperti yang dimaksudkan dalam hadis akhir zaman “Tentera panji hitam”
Disebabkan itu pihak berkuasa bimbang anasir radikal ini bertambah subur dalam kalangan masyarakat.
Lebih membimbangkan ke empat penceramah bebas ini memiliki pengikut yang ramai dilaman media sosial dan masih lagi menjalan aktiviti berceramah seperti biasa,tentu bila hal ini di biarkan terus menerus akan menimbulkan banyak kekeliruan.
Penceramah ini memiliki pengikut yang taasub dan berpendirian bahwa apa yang mereka pegang dan cakap saja benar,manakala individu yang bertentangan pendapat dengan mereka dianggap sebagi musuh dan di cop sebagai KAFIR! !
Sementara ustad Muhammad Kazim Elias Berkata individu yang bergelar pendakwah bebas ini seharusnya menjadi penyelesaian masalah kepada masyarakat dan bukan menambah kekeliruan umum.
Menurutnya empat pendakwah bebas yang mengajarkan Ideologi radikal serta bersimpati dengan perjuangan Daish perlu bertanggung jawab atas apa saja yang diperkatakan.
Mereka perlu berhati hati dalam mengeluarkan pendapat dan tidak memberikan maklumat berlandaskan sentimen semata mata.katanya.
Setakat ini seramai 32 militan daish warga malaysia meninggal dunia di irak dan syria manakala lebih 60 lagi individu berjuang untuk ideologi songsang itu.
Filled Under:
Ini Komen Ustaz Kazim Elias Selepas Empat Dai Popular Diburu Polis Bukit Aman Sebar Ideologi Songsang Buat Semua Terkejut Besar
Posted By:
cikcomel
on 22:21